soalan lazim
INFO : BERIKUT ADALAH ANTARA DOKUMEN PERJALANAN YANG DIKELUARKAN OLEH JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA KEPADA RAKYAT MALAYSIA.
PASSPORT ANTARABANGSA
- RM200 – Dewasa
- RM100 – Kanak-kanak
- Sah untuk 5 tahun dari tarikh dikeluarkan
- Pemohon wajib hadir sendiri ke Pejabat Imigresen
- Bawa kad pengenalan & Surat Beranak jika kali pertama nak mohon pasport
- Pemohon umur bawah 18 tahun hadir bersama Ibu atau Ayah.
PAS SEMPADAN
- RM10 SEORANG
- Sah untuk 1 tahun dari tarikh dikeluarkan
- Kelahiran atau alamat di IC samada di Perlis / Kedah / Kelantan / Hulu Perak
- Pemohon wajib hadir sendiri ke Pejabat Imigresen
- Bawa IC & 2 gambar saiz passport background putih
- Terhad ke 5 wilayah terdekat Thailand. Satu, Songkla, Narathiwat, Yala dan Pattani
- Contoh dibenarkan : Pak Bara, Koh Lipe, Hatyai, Saturn, Dannok, Pdg Besar, Tak Bai, Songkla, Samilla Beach, Sakom
- Contoh terlarang : Krabi, Trang, Phatalung, Phuket, Koh Samui, Koh Panga
DOKUMEN PERJALANAN BERKUMPULAN
- RM200 PER DOKUMEN
- Untuk 5-20 orang per dokumen.
- HANYA SAH untuk ke Singapura dan Thailand.
- SEMUA pemohon WAJIB hadir semasa memohon dokumen.
- Siap dalam tempoh 5 hari bekerja.
- Sah dalam tempoh 9 bulan untuk 1 kali perjalanan sahaja.
Flight Insurance
flight insurans yang kita ambil semasa beli tiket flight ni dia hanya cover apa yang dinyatakan seperti contohnya luggage hilang atau rosak, flight cancel atau delay, atau mungkin terjadi sesuatu yang tak diingini semasa anda menaiki kapal terbang tersebut. Insurans ni agak limit semasa anda menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan ini sahaja.
Travel Insurance
Travel insurans pula merangkumi semua yang flight insurans cover dan lebih. Lebih maksudnya, jika anda tiba-tiba jatuh sakit semasa berada di negara orang dan perlu dimasukkan ke hospital travel insuran boleh cover. Bukan itu sahaja, buatnya anda ni jenis backpackers suka aktiviti yang mencabar jadi insurans ni sangat penting. Bukan lah nak minta perkara buruk, tapi jika sesiapa yang meninggal dunia di luar negara kos nak bawa jenazah pulang ke Malaysia pun bukannya murah. Apatah lagi kalau kita tak ada insurans. Jadi, sebenarnya banyak kepentingan lain mengenai travel insurans ni. Tak banyak sangat syarikat yang ada tawarkan travel insurans di Malaysia. Tapi boleh survey dan ambil polisi ikut kesesuaian tempat yang ingin dilawati. Ingat, malang tak berbau.
Untuk Singapore Day Trip, tidak sesuai bagi warga emas serta OKU..
Sebab trip ni byk berjalan. Naik turun tangga. Dan masa yg limited utk setiap tempat.